Make your own free website on Tripod.com

 

 

kembali ke profil

 

Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan Kelsom yang menjadi lambang kebanggaan kaum wanita di daerah Kuala Kangsar ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. Ia telah melalui tiga tahap perkembangan yang melibatkan perubahan kepada nama sekolah iaitu Mathodist Girl’s School (1949), Government English Girls School (1954) dan sekolah Menengah Raja Perempuan Kelsom (1970).

 

Tanggal 2 November 1948 merupakan tarikh yang penting dalam sejarah perkembangan pendidikan di daerah Kuala Kangsar. Pengetua Sekolah Menengah Clifford ketika itu telah mengumumkan dalam ucapannya di majlis Penyampaian Hadiah Tahunan Sekolah tersebut, bahawa Bandar Diraja Kuala Kangsar akan mempunyai sebuah sekolah Perempuan Inggeris Kerajaan. Pembukaan sekolah ini menandakan satu perkembangan yang baik kepada penduduk di daerah Kuala Kangsar.

Konsep “Murid-Murid Perempuan Berpelajaran Inggeris” untuk penduduk di daerah Kuala kangsar telah disyorkan oleh Tuan E.C.Hicks yang pada ketika itu menjadi Nazir Kanan Sekolah-Sekolah Perak. Beliau menyedari bahawa tempat belajar bagi pelajar Perempuan perlu diwujudkan memandangkan hampir 40 tahun mereka telah menumpang di Sekolah Inggeris Clifford. Justeru itu, beliau telah menghubungi Misi Methodist dan mendesak badan itu membuka sebuah sekolah untuk murid-murid perempuan di daerah ini. Hasilnya, pada 10 Januari 1949 sekolah tersebut telah dibuka sebagai sebuah sekolah yang menerima bantuan kerajaan, lalu dinamakan sebagai Sekolah Perempuan Methodist, Kuala Kangsar.

 

Oleh yang demikian, sebuah bangunan bersejarah kepunyaan Almarhum Y.A.M. Sir Raja Seri Chulan Ibni Almarhum Sultan Abdullah, beralamat No.10, Jalan Raja Chulan, Kuala Kangsar telah disewa bagi menempatkan sekolah ini. Kini tapak tersebut dijadikan stesen minyak BP. Persetujuan bersama di antara Tuan E.C. Hick dengan Setiausaha Pelajaran Misi Methodist telah melantik Puan N.C. Patridge menjadi Guru Besar Sekolah ini. Beliau telah memulakan sekolah ini dengan jumlah pelajar seramai 190 orang dan 5 orang guru. Seramai 130 orang pelajar daripada Sekolah Clifford (daripada darjah 5 ke bawah) telah dipindahklan ke sekolah ini. Sekolah ini bermula dengan hanya 9 buah bilik darjah termasuk Darjah Khas melayu (Darjah 1 & 2). Tuan E.C Hicks telah memilih sendiri pelajar-pelajar daripada sekolah Melayu untuk ditempatkan dalam Darjah Khas Melayu.

 Tahap Kedua sekolah ini bermula apabila namanya telah ditukarkan kepada sekolah Inggeris Perempuan Kerajaan (GEGS) Kuala Kangsar. Sekolah ini telah diambil alih oleh pihak kerajaan daripada Misi Methodist. Pengambilan ini berlaku apabila Datin Seri Khadijah yang merupakan seorang ahli Majlis Undangan Negeri Perak telah menyuarakan bahawa sebuah sekolah kerajaan untuk murid-murid Perempuan di Kuala Kangsar  perlu diadakan. Oleh yang demikian , pihak kerajaan secara rasminya telah mengambil alih sekolah ini pada 1 Januari 1954. Walau bagaimanapun sekolah ini masih diterajui oleh Guru Besar dan guru-guru yang sama . Bilangan pelajar pada waktu itu ialah seramai 517 orang dan guru-gurunya seramai 20 orang. Sekolah ini mempunyai 11 buah kelas rendah dan 3 buah kelas menengah. Darjah yang tertinggi pada ketika itu ialah Tingkatan 3.

 Perkembangan seterusnya berlaku pada tahun 1958. Sekolah ini telah diagihkan kepada 2 bahagian iaitu sekolah rendah dan menengah. Oleh kerana mengalami masalah kekurangan tempat pihak kerajaan telah membina sebuah bangunan yang mengandungi 5 buah bilik darjah sementara untuk sekolah ini di Kampung Basong pada tahun 1959. Puan N.C. Patridge masih lagi menjadi pentadbir bagi kedua-dua bangunan itu sehingga 1961. Dalam bulan Januari 1962, Puan E.C. Nicholas telah dilantik sebagai Guru Besar sekolah rendah yang dikenali sebagai Sekolah Rendah Datin Khadijah.

Menjelang tahun 1960, Encik K.Arianayagam, Ketua Pegawai Pelajaran Perak, mencadangkan pelajar-pelajar sekolah menengah dipindahkan ke bangunan sekarang di Bukit Kerajaan yang dikenali sebagai “ The King’s Pavillion”. Sebelum ini, bangunan tersebut telah digunakan oleh Kolej Melayu sebagai asrama pelajar. Dalam bulan Jun 1961, kelas Tingkatan 4 & 5 telah dipindahkan ke bangunan ini. Pada tahun 1962, pihak kerajaan telah mengambil inisitif untuk memperbaiki bangunan ini. Pada masa itu, sekolah ini mempunyai 4 buah kawasan iaitu di No.10, Jalan Raja Chulan, King Pavillion, bangunan Sekolah Melayu Perempuan di Kampung Basong dan bahagian rendah di Jalan Taayah. Pada tahun 1964, apabila bilangan pelajar semakin bertambah, sekolah ini mendaopat sebuah lagi bangunan tambahan di Jalan Kenas yang sepatutnya dijadikan sekolah lanjutan.

Dalam tahun 1970, sekolah ini telah ditukarkan namanya kepada Sekolah Menengah Raja Perempuan Kelsom, mengambil sempena nama Almarhum Paduka Bonda Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak iaitu Sultan Idris II Ibni Sultan Iskandar Shah (yang ke-32). Sekolah ini telah menyambut Jubli Perak pada tahun 1974 setelah genap 25 tahun ditubuhkan.

Dalam rancangan Malaysia ke-3, sekolah ini memperoleh peruntukan bagi pembinaan bangunan baru (Blok I) yang mengandungi 5 buah bilik darjah, 2 buah makmal, sebuah bilik sembahyang dan kantin sekolah. Sebelum ini sekolah ini mempunyai 2 sidang, tetapi mulai 1981 sekolah berlangsung dalam satu sidang sahaja. Pada tahun ini terdapat 15 buah kelas tetapi bilangan kelas masih belum mencukupi. Sekolah masih memerlukan sebanyak 7 buah kelas lagi untuk melangsungkan sekolah satu sesi. Oleh itu, beberapa buah bilik telah diubahsuai untuk dijadikan bilik darjah.

Dalam tahun 1985, sekolah ini mengalami perubahan apabila Tingkatan 6 Aliran Sastera telah dimulakan dengan bilangan pelajar seramai 23 orang. Sehubungan itu, sebuah kuarters di Bukit Kerajaan telah dijadikan asrama untuk menempatkan pelajar Tingkatan 6 yang tinggal berjauhan dari sekolah. Di bawah Rancangan Malaysia Ke-6, sekolah telah mendapat peruntukan bangunan yang mengandungi 6 buah bilik darjah dengan anggaran perbelanjaan RM 150,000.00, bangunan ini siap pada tahun 1991. Bangunan ini dikenali sebagai Blok K yang menempatkan pelajar Tingkatan 1,2 & 5. Pada tahun 1993 , sebuah lagi bangunan untuk Bengkel Kemahiran Hidup telah dibina. Bengkel ini telah dirasmikan pada 21 Oktober 1995 oleh Dato’ Nuraizah PJN.,DPMP., JSM., dan sekarang menjawat jawatan sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia. Beliau ialah bekas pelajar SMKRPK.

Tahun 1999 telah membawa perubahan fizikal yang positif kerana sekolah ini akan mempunyai bangunan asrama baru untuk menampung keprluan pelajar-pelajar yang ingin tinggal di asrama. Sebanyak RM 2 juta telah diluluskan untuk pembinaan asrama yang terletak berhampiran dengan kantin sekolah. Kini pelajar-pelajar SMKRPK yang tinggal jauh dan ingin tinggal di asrama telah menikmati suasana asrama yang lebih selesa berbanding dengan asrama yang lama.

Pada tahun 1999, SMKRPK telah mencapai usia 50 tahun. Seluruh warga SMKRPK berbangga kerana sepanjang tempoh tersebut sekolah ini telah berjaya mengharungi cabaran demi mencapai kecemerlangan dan kemajuan dalam segenap aspek. Pada 8 Julai 1999 semua warga SMKRPK telah merayakan  sambutan Jubli Emas. Sekalung tahniah buah warga sekolah kerana telah memberikan komitmen yang padu dan tidak pernah jemu membantu dalam usaha meletakkan sekolah ini ke mercu kejayaan.

Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan Kelsom yang menjadi lambang kebanggan kaum wanita di daerah Kuala Kangsar ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. Ia telah melalui tiga tahap perkembangan yang melibatkan perubahan kepada nama sekolah iaitu Methodist Girl’s School (1949), Government English Girl’s School (1954) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan Kelsom.

 

Tahun

Sejarah Ringkas

1885 – 1871

Bukit Che’ Midah sempena nama seorang hartawan

1876 – 1878

Rumah Che’ Midah diambil oleh British untuk dijadikan kediaman Residen

1878

Rumah Che’ Midah dirobohkan dan kediaman residen yang baru dibina di atas tapak yang sama dan digunakan sehingga tahun 1885

1885

Kediaman residen dirobohkan sekali lagi dan dibina pada tahun yang sama dan digunakan terus sehingga 1905

1905

Bangunan baru dibina dan diberi nama “King Pavillion” – pernah dijadikan sebagai asrama MCKK dan merupakan bangunan utama SMKRPK kini

10.01.1949

Methodist Girl School dibuka dengan 190 orang pelajar dan 5 orang guru. Kerajaan ambil alih dan dinamakan Government English Girls School

01.01.1954

Dipecahkan kepada dua termasuk sekolah rendah di Kampung Basong

1958

Bangunan baru dibina di Jalan Kenas bagi menempatkan Men. Rendah

Jun 1964

Bilik ERT dan Makmal Sains dibina

1967

Ditukar nama kepada Sekolah Menengah Raja Perempuan Kelsom

1970

Bangunan Blok I didirikan.

1980

Bangunan Blok K dan bengkel Kamahiran Hidup Bersepadu dibina

1991 – 1993

Sambutan Jubli Emas SMKRPK setelah mencapai usia 50 tahun

1999

Bangunan Asrama baru dibina dan mula didiami oleh pelajar pada tahun 2000

2001

Makmal Komputer dibina.

2002

Dewan Sekolah dan bangunan Blok N didirikan

 

 

kembali ke profil